kita. perempuan. memang suka wat menda-menda nie. mungkin tak perasan. sebab sudah menjadi habit yang negatif. mungkin ingin berhenti. tapi terpengaruh.
aku. memang kaki muka buku. tapi aku. bukan lah jenis yang suka meng apdet status muka buku ku itu. aku. hanya suka like dan k0men. untuk meluahkan isi hati yang menandakan kebahagian, kesedihan, ketidak puasan hati dan kegilaan... bukan lah cara ku. ya. aku tidak gemar membaca k0men-k0men yang menggedik serta mengada-ngada yang menular di muka buka pada abad ke dua puluh satu ini. kebanyakannya... mengar0t!
aku. bukan ingin mengumpat. tapi hanya menyatakan ketidak puasan hati di laman bl0g ku sahaja. aku tidak meminta k0men sepantas kilat seperti yang muka buku mampu lakukan. aku hanya. ingin menc0ret sesuka hati ku di laman ini. yang hanya di baca kenalan terdekat. mereka yang benar-benar memahami cara dan jiwa ku yang meraban. serta. laman yang di baca 0leh s0meb0dy yang langsung tidak mengenali aku. maka, tiada c0nversati0n yang meleret serta mengar0t lagi meraban berlaku.
akan tetapi, k0men yang membantu sangat di alu-alukan :-)
banyak hadis yang berbicara mengenai mengumpat. salah satunya..
dari jabir bin abi said, rasulullah saw bersabda:
"awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya sese0rang terkadang berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. dan sesungguhnya sese0rang yang mengumpat, tidak akan diampun d0sanya sebelum diampuni 0leh 0rang yang diumpatnya itu".
sudah jelas lagi bersuluh. aku berusaha untuk melindungi telinga ku ini agar tidak bernanah mendengar umpatan demi umpatan. tetapi. apabila satu cerita di buka, aku ingin mendengar seterusnya dan seterusnya. acap kali melafazkan astghfirullah. akan tetapi syaitan begitu bijak memberi aku peluang membuat d0sa sebelum tidur. astaghfirullah... bayangkan lah sekiranya aku tidur dan di saat itu lah malaikat pencabut nyawa yang keras hati tanpa belas meragut nyawa ku penuh kasar dek kerana umpatan-umpatan yang aku curi-curi dengar itu..betapa dahsyatnya seksaan yang menanti aku. nauzubillah!
walaupun aku hanya menjadi pendengar dalam tidur yang dibuat-buat semata-mata ingin mengelak dari ikut mengumpat secara berjemaah, akan tetapi... aku tetap berd0sa!
pers0alannya.. kenapa aku tidak berani menegur para mereka-mereka itu?
jawapannya mudah. aku lemah. aku hanya mampu mencegah dengan hati sahaja. berusaha menjaga hati sendiri daripada terjebak walaup0n sudah terjebak. ya. mencegah menggunakan hati adalah selemah-lemah iman. iman ku tersangatlah lemah. lemah. lemah. lembik.
aku juga. kadang-kadang terlepas juga. termengumpat juga. mungkin hakikatnya bukan "ter". tapi memang sengaja. aku. mudah marah. bila marah syaitan suka. bila syaitan suka aku ada geng. bila dah jadik geng segala-galanya terkeluar. apa yang dia lakukan di hadapan mata aku semua nya jelek. buruk. ann0ying. dan.. bila dah macam tuh.. mula la mengumpat sana sini.
ya. kita sedia maklum. untuk menghapus d0sa mengumpat ialah dengan meminta maaf terhadap 0rang tersebut serta memberitahu tujuan minta maaf berserta beritahu apa yang kita umpatkan. dan setelah itu, kita hanya menunggu dan menunggu serta menunggu adakah maaf kita di terima atau sebaliknya. itu urusan dia dengan Allah pula.
tapi.. seja0h manakah keberanian kita untuk melakukannya? jujur. aku akui bahawa aku langsung tiada keberanian. aku pengecut!
acap kali kita dengar bahawa mengumpat ibarat memakan daging saudara sendiri. ya. dia saudara kita. saudara seislam. islam adalah agama persaudaraan. akan tetapi.. sungguh tega kita melakukannya saban waktu.
aku dan amiza selasai membentangkan presentati0n bagi subjek pendidikan sirah sek0lah rendah. tajuk kami ialah israk dan mikraj. ingat kah lagi k0rang akan peristiwa israk dan mikraj? kal0 tak ingat cari lah buku sirah dan baca lah sendiri.
kaitan?
diriwayatkan 0leh abu daud dari anas, rasulullah saw bersabda:
"pada malam aku di israkkan, aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri. maka aku berkata: hai jibril siapakah mereka ini? jawab jibril: mereka ini adalah 0rang-0rang yang suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain 0rang."
nampak tak? inilah perkaitan yang ingin aku ketengahkan. please. jangan lah membuka aib 0rang lain sekiranya kita tidak mahu aib kita di dedahkan. mungkin Allah ingin kita bertaubat. sebab itulah aib kita belum lagi di buka 0leh Allah di khalayak ramai. tapi ingatlah, di akhirat kelak aib kita b0leh di lihat 0leh seluruh umat manusia dari umat zaman nabi Adam as sehingga lah umat zaman nabi Muhammad saw. maka, belajarlah untuk menutup aib 0rang lain. dan. lihatlah. betapa dahsyatnya seksaan terhadap 0rang yang mengumpat.
aku. bukan berbicara bagi sebelah pihak. akan tetapi lebih kepada diri sendiri. peringatan untuk diri ku yang selalu lupa. aku tulis untuk aku baca. untuk aku ingat. untuk aku muhasabah balik apa yang telah aku lakukan. ya. tak kan lah aku tulis beria akan tetapi aku tidak ada usaha yang menjurus untuk berubah? malu. malu bila aku sendiri tidak mampu berubah ke arah yang lebih baik..
sudah la..
jangan menangis lagi.
(-_-)
Comments
Post a Comment