Skip to main content

Posts

diari nak makan

aku memang suka makan. kal0 b0ring-b0ring tu ade je yang aku pk nak makan ape. kadang-kadang time meeting aku b0ring dengar mende-mende dunia ni aku list kan banyak-banyak apa aku nak makan hari tu. padahal bila balik rumah aku tak dapat pon ape yang aku gigih pikirkan tu. dan kadang-kadang lesap camtu je dari ingatan aku. ha ha. satu. kepsi. aku tak da la suka sangat dengan kepsi ni. tapi kal0 dah lama tak makan, aku akan terngiang-ngiang. dan k0nfem pegi terus. ha ha. dulu masa aku intership sens0rang kat bangi, aku selalu lunch kepsi sens0rang. nampak l0nely sangat, ha ha. memang p0n. dan lama-lama aku perasan berat aku bertambah berganda-ganda dan aku serta merta st0p makan kepsi untuk beberapa hari je la. dulu aku suka 0rder set nasi, ayam satu dan sup. tapi sekarang dah tak ada sup. b0ley tercekik mak cik tawww. tapi aku 0rder jugak yang nasik sebab lapar. kal0 ayam aku amek spicy dan 0fk0s bahagian dada. selalunya tak 0rder p0n signature baru. malas nak...

bersalin

tiga pul0h n0vember dua ribu lapan belas. malam tu encik laki kurrr masak sotong. yang hat besar-besar. masyaAllah.. nikmat sungguh. dah la banyak. memang mencekik dan melantak serta melahap la si bakal ibu ni makan. tak henggat dunia. baru tiga pul0h lapan minggu. tak terlintas p0n akan perkataan beranak. bersalin. melahirkan. meneran. kontraksi. dan macam-macam la. dalam kelapa kepala h0tak aku cuti ni aku nak jalan. makan. jalan. makan. enj0y. ha ha. dan dan masa nak amek wudhuk s0lat isyak, aku terasa s0mething mengalir yang perlu aku teng0k. iya. darah. tanda nak beranak. aduhh. hilang semua angan-angan cuti aku. tapi tak rasa sakit p0n lagi. tak rasa apa. puk0l sebelas lebih kami ke h0spital tanj0ng karang. dalam perjalanan tu, aku dah mula pikir macam-macam. aku senanya tak0t nak bersalin. tak0t nak meneran. tak0t salah teran. tak0t baby tak nak keluar. tak0t tersangkut. tak0t nak rasa sakit. tak0t nak rasa tak0t lah. malas pulak aku nak tak0t dah. ha ha.  ...

jauh perjalanan

starting satu mac dua ribu sembilan belas, temp0h cuti aku habis. dan walaup0n jatuh pada hari jumaat, aku tetap nak pegi sek0lah. rindu k0t. padahal d0kt0r salleh (bukan nama samaran) dah 0ffer surat em si sebab kesian kat aku.  sek0lah yang sama. egtukaq aku tak lulus. jadi nak tak nak aku kene tinggalkan si hal0i pujaan hati b0nda tu kat rumah. alhamdulillah kakLa sudi teng0k-teng0kkan rahman sejam dua tiga empat jam sementara tunggu daddy rahman balik sek0lah.  dari rumah ke sek0lah aku perjalanan memakan masa lebih dan kadang memang lebih satu jam lima belas minit. dan aku akan melalui jalan-jalan yang sunyi munyi dan kadang-kadang tak ada 0rang p0n. dan kepala aku jauh termenung berangan menerawang tah ke mana. sebab aku tak suka drive sambil dengar radi0. jadi kepala aku bising 0t0matik. macam-macam cerita. macam-macam lagu b0ley berkumandang dengan sendirinya. jalan raja musa bagi aku sangat menyakitkan hati. aku memang sejak azali dapat kereta je ...

balik

aku dah posting. Mengajar di sekolah kebangsaan area hulu selangor. Masa festaim hakak jpns call aku bagitawu aku dapat hulu selangor, encik laki aku on the spot fikir aku dapat kuala kubu bharu. Memang haru la aku tengok encik laki carik rumah sewa area kkb. Aku specchless. Tak tawu hepi ke sedih. Dah setahun aku menganggur. Tetiba tiga januari dua ribu tujuh belas aku kene start mengajar. Jaoh dari rumah pulak tu. Hu hu. Sepanjang setahun aku menternak lemak kat rumah dan aku telah lupakan segala-galanya dengan jayanya. Padahal dalam lima bulan tu aku dah jadi guru ganti. Konon nak mengekalkan semangat kegurusn la sangat... Ceyh. Padahal setiap hari aku tunggu loceng nak balik. Pastu punch card on time pulak tuh. Dan.. Di sekolah sekarang aku masih mengekalkan tabiat tunggu depan mesin punch card. Ha ha. Aku peduli hape.  Perjalanan dari kampung ke sekolah ambil masa dalam sejam lima belas minit kalau melalui persimpangan bukit tagar. Itu pon kalo aku pecut maintain 100...

simpan

aku ada masalah dengan perkataan "simpan". mungkin juga dengan tabiat aku yang agak b0r0i  b0r0s apabila bersh0pping. sama ada 0nline atau p0n 0ffline. puii. selagi d0mpet tak nipis.. tah pape aku beli. dan end up kena marah dengan encik laki sebab duit tetiba habis. tipikal p0mpuan. memang kejenya habiskan duit. masa aku belajar kat maktab. setiap semester akan dapat elaun. dan setiap kali dapat elaun aku akan ke tabung haji dengan amiza untuk simpan seribu. dan selebihnya aku berf0ya-f0ya selama tiga bulan. masa tu macam-macam aku mengidam. biasa la. student baru nak up. masa tu lah nak breakfast lunch dinner kepsi ciken rais shop beger king sikret resepi piza hut ciken cop nasi ayam penyet bai kul belog dunkin donat big epal perghh. tak cuk0p pulak tu dengan sh0pping baju seluar beg purse kasut heels sandal tudung anak tudung shawl barang mekap gincu bedak skincare skirt blouse cardigan dress jubah baju kurung. lagi. alat tulis untuk melukis. bermacam-macam pen aku...

kancil

dua minggu lepas aku dapat lesen encik bapak tekad untuk membelikan aku seek0r kancil. aku berharap sangat dapat ikan kelisa time tu. tapi. it's 0kay. syukur la nakk.  expectati0n.  encik bapak dan puan emak beranggapan aku telah mahir memandu setelah lulus ujian memandu. malah sejurus lulus aku terus dikurniakan kancil. ha ha. memang tak lah. ke laut. first time aku drive kancil encik bapak.. macam tak pernah drive lagak nya. abang ayie siap kutuk aku lagi macam mana la aku b0leh lulus bila dia teng0k aku memandu. dengan mati tengah jalan nya. tak c0nfident naik bukit. mati kat atas bukit. what the ikan..  aku p0n pelik dengan diri sendiri macam mana depan abang JPJ time ujian hari tu dengan mudahnya aku pass. ini semua berkat d0a parent. aku yakin. dah la kancil encik bapak tu manual. 0key what. dan aku tak pernah drive aut0 sampai hari ni. tarikh aku publish p0st ni. siyes beb!  banyak kenangan aku dengan kancil. s0. aku namakan kancil enc...

Dua Ribu Lima Belas dan Kenangan

0ke, Mengimbau masa lalu tak bermaksud kita meratapi nasib. atau menyesal tak sudah. sambil kalau mengalau pada sesuatu yang dah berlaku. terkenang atau mengenang kembali kadang-kadang b0leh dijadikan pengalaman. dan pengalaman itu lah yang selalunya disebut sebagai guru kehiduapan.  puiihh. Super Seni0r sem tujuh dan lapan adalah sem yang sangat ditunggu-tunggu tapi juga sem yang tak sangg0p untuk dihadapi. bagi aku la.  satu. mental aku da get redi dengan pelbagai spekulasi negatif yang bakal mengubah tabiat dan habitat semula jadi aku.  dua. praktikum tiga selama tiga bulan di tempat yang agak ja0h daripada kebiasaan dan juga trauma.  tiga. kajian tindakan yang digembar gemburkan 0leh pensyarah dan juga seni0r lalu betapa seksanya untuk menyiapkannya. ditambah pula dengan viva. dulu. aku selalu perati riak muka seni0r bila nk viva. masing-masing muka macam tengah hisap panadol. padahal panad0l tu kena telan.  empat...