Skip to main content

balik


aku dah posting. Mengajar di sekolah kebangsaan area hulu selangor. Masa festaim hakak jpns call aku bagitawu aku dapat hulu selangor, encik laki aku on the spot fikir aku dapat kuala kubu bharu. Memang haru la aku tengok encik laki carik rumah sewa area kkb. Aku specchless. Tak tawu hepi ke sedih. Dah setahun aku menganggur. Tetiba tiga januari dua ribu tujuh belas aku kene start mengajar. Jaoh dari rumah pulak tu. Hu hu.

Sepanjang setahun aku menternak lemak kat rumah dan aku telah lupakan segala-galanya dengan jayanya. Padahal dalam lima bulan tu aku dah jadi guru ganti. Konon nak mengekalkan semangat kegurusn la sangat... Ceyh. Padahal setiap hari aku tunggu loceng nak balik. Pastu punch card on time pulak tuh. Dan.. Di sekolah sekarang aku masih mengekalkan tabiat tunggu depan mesin punch card. Ha ha. Aku peduli hape. 

Perjalanan dari kampung ke sekolah ambil masa dalam sejam lima belas minit kalau melalui persimpangan bukit tagar. Itu pon kalo aku pecut maintain 100km/h la. Kalo lebih tu nauzubillahimindzalik. Kene sound dgn encik laki. Mula-mula ingat nak ulang alik dari kampung ke sekolah.. Tapi bila mengenangkan perjalanan yang agak mengerikan itu memang tak jadi lah. Yang halus ke yang kasar ke memang mintak jaohlaaa. Hu hu. Banyak jugak kes excident dekat jalan-jalan yang akan aku lalui tu. Siang tak pe lagi. Ni sesubuhan.

So. Aku menyewa dengan paan. Setiap jumaat memang aku balik kampung. Kalo balik sekali dengan paan aku patah balik rumah sewa dulu baru balik kampung. Tapi kalo balik sendiri, aku angkut semua baju wangi aku seminggu tu angkut masok kereta siap-siap. Pastu memang aku lah orang pertama duduk depan mesin punch card sambil buat muka tak bersalah. Pastu berderet cikgu-cikgu lain beratur belakang aku. Ha ha. Yang sakit hatinya ade ke sekolah aku hari jumaat balik pukol dua belas dua puluh tengah hari. Hu hu. Hilang separuh nikmat hari jumaat. Ha ha

Dan. Aku set dalam kepala hotak aku sepanjang perjalanan nak balik. BALIK . Lepas jer keluar tol otak aku masih dalam mode balik dan tak perasan aku jalan nak balik ikot laluan balik rumah sewa. Dah sampai separuh jalan baru aku sedar yang aku salah jalan. Punya lah gelabah nak mati aku rasa. Sampai aku pikir nak lawan arus nak patah balik carik exit tadi. Memang panik gelabah la kira nya. Padahal simple je masalah nya. Aku boleh je balik lalu ikot LATAR. Tapi otak aku tak nak berfikir. Puiihhh. Satu lagi problem nya aku berkeras tak nak masok tol laluan ke sungai buaya. Padahal ikot rasional aku boley u turn tanpa bayar pape dekat tol sana. Tapi tu lah masalah nya. Tak set pale hotak betol-betol nak balik mana.

So aku terosssssss jalan tanpa hala tuju sambil membuka aplikasi waze cari jalan balik kampung. Dah la tak pernah set location rumah. Tempoh perjalanan aku bertambah lama sebab jalan ke rawang jem ya ampunnnnnnnnn sebab excident. Nampak la orang dok kalut kat bahu jalan sambil mengenangkan nasib tengok kereta kemek depan belakang. Mintak jaoh laa aku dari pengalaman eksiden yang ngeri- ngeri macam ni.

Oke. Abg waze dah berfungsi. Masalah nya dia bawak aku dating sampai hutan tah mana-mana tah. Lauan yang abg waze bawak macam jalan nak g cameron. Pergh perghhhh. Nak cabut nyawa aku tengok jurang tepi tingkap. Dah la di temani cuma abang-abang lori tanah. Lepas tu diiringi adek-adek monyet kera ungka berok anak beranak laki bini. Hu hu hu. Nak patah balik memang tak berani la. Jalan macam tu. Bawak pulak kereta saga. Dah la aku budak baru nak up bawak kereta besar sebab bertahun aku bawak abang k. Jaoh benor saiz nya.

Aku pon meneroskan perjalanan di jalan-jalan usang sunyi penuh keinsafan berpandukan abang waze. Macam-macam pemandangan aku tengok. Dan.. Aku sampai rumah lambat.. Tah mende la.

So. Lepas ni kalo aku nak balik kene set pale hotak betul-betul nak balik mana.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kancil

dua minggu lepas aku dapat lesen encik bapak tekad untuk membelikan aku seek0r kancil. aku berharap sangat dapat ikan kelisa time tu. tapi. it's 0kay. syukur la nakk.  expectati0n.  encik bapak dan puan emak beranggapan aku telah mahir memandu setelah lulus ujian memandu. malah sejurus lulus aku terus dikurniakan kancil. ha ha. memang tak lah. ke laut. first time aku drive kancil encik bapak.. macam tak pernah drive lagak nya. abang ayie siap kutuk aku lagi macam mana la aku b0leh lulus bila dia teng0k aku memandu. dengan mati tengah jalan nya. tak c0nfident naik bukit. mati kat atas bukit. what the ikan..  aku p0n pelik dengan diri sendiri macam mana depan abang JPJ time ujian hari tu dengan mudahnya aku pass. ini semua berkat d0a parent. aku yakin. dah la kancil encik bapak tu manual. 0key what. dan aku tak pernah drive aut0 sampai hari ni. tarikh aku publish p0st ni. siyes beb!  banyak kenangan aku dengan kancil. s0. aku namakan kancil encik bapak tu den

simpan

aku ada masalah dengan perkataan "simpan". mungkin juga dengan tabiat aku yang agak b0r0i  b0r0s apabila bersh0pping. sama ada 0nline atau p0n 0ffline. puii. selagi d0mpet tak nipis.. tah pape aku beli. dan end up kena marah dengan encik laki sebab duit tetiba habis. tipikal p0mpuan. memang kejenya habiskan duit. masa aku belajar kat maktab. setiap semester akan dapat elaun. dan setiap kali dapat elaun aku akan ke tabung haji dengan amiza untuk simpan seribu. dan selebihnya aku berf0ya-f0ya selama tiga bulan. masa tu macam-macam aku mengidam. biasa la. student baru nak up. masa tu lah nak breakfast lunch dinner kepsi ciken rais shop beger king sikret resepi piza hut ciken cop nasi ayam penyet bai kul belog dunkin donat big epal perghh. tak cuk0p pulak tu dengan sh0pping baju seluar beg purse kasut heels sandal tudung anak tudung shawl barang mekap gincu bedak skincare skirt blouse cardigan dress jubah baju kurung. lagi. alat tulis untuk melukis. bermacam-macam pen aku

Perkampungan Portugis, Melaka

sembilan mac dua ribu tiga belas. seusai daurah sirah nabawiyah tamat tepat jam empat tiga puluh minit petang (k0wt), kami pelajar kuliah pismp 3.02 dan pismp 3.05 mengadakan perjumpaan terbuka di tempat yang tertutup berkenaan pr0gram jelajah etnik masyarakat serani, melaka. huuu aku lupa nama pr0gram. s0, reka sendiri. sepl0h mac dua ribu tiga belas. tepat jam lapan pagi kami berkumpul di garaj bas menanti ketibaan beliau pacik bas bersama basnya yang dalam minda kami betapa buruk nya bas tersebut. mungkin pengaruh kami yang  dim0m0kkan dengan imaginasi bahawa semua bas sek0lah adalah buruk tahap gaban. pergh! semua mengumpat ketidakpuasan hati.. astaghfirullah. pepagi da dapat hadiah pakej seribu ta0n d0k neraka free-free ja. aku la tu. the bus..err selama hampir satu atau dua jam menunggu pacik bas, akhirnya beliau datang jugak membawa basnya yang tersergam indah berbanding bas pekerja kilang. alhamdulillah. kami bakal guru yang jakun berserta batak berjala